Monday, October 26, 2009

Persiaran Baru di Melaka Bandaraya Bersejarah







tempat ni dekat dgn Kampung Jawa. Baru buat lagi kot....

hari tu my hubby took us for a visit. dah malam masa tu... anak2 feel bored kat rumah,

so dia bawak gi tour kat sana. quite interesting thing jugak. dulu masa jalan baru kat melaka raya, ada gak pancuran air cam ni. dekat dng mahkota parade.... tapi disebabkan tiada maintenance dari siapa2 , terus lenyap dari pandangan pelancong.

dan sekali lagi, mereka buat yg baru.... tapi aku rasa tempat persekitaran kena diupgrade kan lagi. supaya lebih ramai datang kat sini.


Ceria di Hari Raya 2009








sebahagian dari sepupu sepapat suami ku. ceria gembira di hari raya. ni semua gambar di raya pertama. kita org konvoi gi rumah emak2 saudara di sebelah suamiku.


mari kita enjoy!!!!




DIDI - Nursyafiqah

Nuriman Maisara

ni salah sorang anak buah aku, Nuriman Maisara. org nya lemah lembut but strong bila berkata-kata. last week dia kena sakit mulut dan kuku (kalau tak salah dengar).

sangat manja dgn adik aku (ayahnyalah). now dia umur 6thn. quiet fast learning and now can communicate in bahasa english with her family. cerewet jugak kadangkala tu. sentiasa mengalah dengan dia punya 'Didi' (kakaknya).tapi dia sayang Didi nya.

lepas dia dah sembuh, Didinya pulak yg dijangkiti pulak. H1N1 dah senyap, timbul semula sakit mulut dan kuku. macam2 penyakit sekarang ni. yg kesian kat budak2 tak boleh lepas dari jangkitan.






Bored Saturday....... keja sampai 5ptg





sabtu lepas, aku kerja sampai kul 5ptg. coz aku dikehendaki semak semula data utk one of my director expanses. pasal expanses dia memang mengarut nya.

kena bagi full details kat akunya big director.

so petang tu aku keja dgn ditemani oleh anak bongsu, irfan (ipan). adik aku hantar dia kat opis coz hari jumaat dia tidur kat rumah adik aku. dia ni tak boleh tidur kat rumah org lain coz dia miss papa, mama dan tilam busuk dia.

even kalau kat rumah org tua akupun, dia tak nak tinggal semalam kat sana. walaupung seharian dia duduk kat sana dgn ibu dan ayah aku. semua anak2 aku siang kat rumah datuk dan neneknya (sebelah akulah). lepas tu kalau aku dah balik dan ambik dia orang, mesti balik on time. kalau lambat contohnya dlm pukul 8mlm ke atas, si irfan ni akan mula buat dia punya angin.


kadang2 tu takut jugak ibu dan ayah aku cakap yg aku mengajar anak2 aku tak nak tidur kat rumah mereka. tapi tak ape lah.... semuanya tu simple thing jer. boleh di atur....


Thursday, October 22, 2009








ni semua hasil 'tangkapan' gambar anak sulung aku, nurfarah liyana. dah dapat pakai Digital camera, hasil rembatan sang papa dia. bukan nak puji lebih-lebih. tapi aku kagum dia pandai guna benda 2 ni, padahal bukan pernah guna pun.


disebabkan dia minat sangat2 ni bidang photography, papa dia sanggup keluar modal utk dia. persediaan awal anaknya dlm bidang ni.

so korang layan jer gambar2 yg telah di tangkap oleh Nurfarah Liyana.......


kanak-kanak 'Ribena'




ah ni sebahagian daripada keluarga ku - anak dan anak buah perempuan tau! masing-masing nak tunjuk gaya antarabangsa. sihat2 belaka........
kalau tak silap ni gi kat muara melaka bandar hilir , menyambut awal puasa. lepas berbuka kita orang pun bawak anak2 gi keluar. masa tu adik aku balik melaka. so kita enjoy kat luar....








Wednesday, October 21, 2009

Anak-anak kucing...... nak buang atau nak terus bela?????

camana nak jaga ibu dan anak2 kucing kat rumah? pening kepala fikirkan.
kat rumah ibu aku ada ibu dan anak2 kucing - hasil drp tangkapan anak aku yg beria2 nak pelihara kucing.
tapi sekarang dah ada 5ekor, anak2 semuanya sekolah, petang baru balik. ibu aku dah mula bising, leceh dan hari tu anak2 kucing tu dah pecahkan pasu kat rumah dia. lagi lah mengamuk ibu aku.
camana ek... nak dibuang terasa sayang coz anak2 aku dah sayang kat diorang. so.... aku peninglah.....

Tuesday, October 20, 2009

terjerbak dek kerana redmummy.com

sejak akhir2 ni aku memang mengikuti redmummy.com
nak katakan kalau tak bukak dianya blog, cam rasa satu perkara penting yg kurang dlm satu hari tu.
setiap hari asyik dok kat blog dia, dan aku mula minat semula utk berblog seperti redmummy.
tapi mungking cerita aku tak sehebat redmummy, tapi aku kagum kesungguhan beliau utk terus menaikkan diri utk terus maju.

suka sangat-sangat sama dianya blog.
good luck for the project alpha contest.

Monday, October 19, 2009

nostalgia raya 2009


ni sebahagian besar daripada my family. all i loved so much. even tho ada sorang dua yg tak ada masa raya thn ni , aku harap tahun depan dpt bergambar semuanya.

ni kat rumah org tua aku, pringgit melaka. thn ni adik aku raya kat melaka dulu, lepas tu baru kat rumah mother in law dia.

gambar ni kita org ambik dah lewat tengah malam. aku yg lewat dtg coz kat rumah ada org datang. hampir lewat 1am baru habis tu pun dah kena sound dgn ibu aku. bising katanya ganggu orang lain(neighbours)nak tidor. seronok masa ni, semua orng nak participate lepas tu ada yg nangis tak dpt pegang camera. lain dah pulak......
budak2 semua nak try and error.....


raya 2009 dah sampai ke penghujungnya



tahun ni raya tak terasa sangat, coz aku rasa cam tak ada mood nak beraya. tapi disebabkan aku punya anak and family, aku gagahkan jua untuk beraya. baju raya pun tak beli, sekadar bertukar sepasang utk pagi raya berpakaian baru bersama anak-anak.
korang tengok lah, semuanya serupa..... alamak!

tapi tahun ni, keluarga suami aku maksud aku adik beradik dia, semuanya pakai baju yg hampir sama color.

akunya family pilih merah lepas tu tau2 ipar duai akupun sama jugak...... bikin sakit kepala beb!

yang ni pulak, nombor 4 dlm family. just in std 2 for this year. boleh dikatakan cerdik sedikit, lekas marah dan kuat menjerit.
2minggu ni dalam proses pemilihan pengawas sekolah. ikut jejak kakaknya jadi pengawas sekolah. rajin membaca dan ada buku dairi sendiri...... mengalahkan org dewasa.
tak boleh di baca coz ada kunci.

ni askar aku. 3org lelaki. baju merah anak ke 2, tengah tu yg bongsu, baju hijau ketiga.
semua sihat2 belaka. (terlebih makan anak aku ni....) susah tol nak suruh dia org bergambar.
ada jer yg tak kena. so ni lah yg dpt di tangkap muatkan dlm blog aku ni.


Anak-anak kesayangan hamba




ni anak aku yang sulung. just only 14th years old. orgnya lebih besar dari mamanya sendiri.

suka bidang photography dan internet. tapi dia ni kasar sikit orgnya, cam tomboy....

tak pernah nak pakai baju org perempuan. lebih suka pakai tshirt dan seluar.


tu aje yg dia suka pakai

15th Aniverssary Marriage





this year genap 15thn perkahwinan aku dgn en roslan. cepatnya masa berlalu.
dikurniakan 5 org anak (wah!ramainya anak aku) apa nak kata, dah rezeki tuhan pada aku.tak kaya harta tapi kaya anak. 2perempuan 3 lelaki.
sepanjang perkahwinan berbagai dugaan dan rintangan ditempoh bersama.
semoga diberkati Allah senantiasa.
esok2 mana tahu aku boleh post kat sini aniverssary yg ke 20thn pulak, kan