Wednesday, May 26, 2010

majlis perkahwinan ruzaidah abdul razak






ni anak kepada jiran aku kat pringgit. anak perempuan dlm keluarga beliau. aku ni sejak ada dslr kamera ni, ada je kerja aku... ambik gambar org kawin. aku nak improve gambar yg diambik walaupun buat masa ni aku hanya ambik gambar dia org suka2 jer...
manalah tahu ada rezeki kat dlm bidang ni...... insyallah....





tiba - tiba teringat kawan kawan sekolah


dalam aku kebinggungan menanti majikan untuk membayar gaji aku, tiba-tiba aku teringat akan kawan-kawan sekolah ..... Malacca Girls High School thn 1986. terlalu rindu dgn mereka semua. aku ni masih simpan 'autograf' yg kami semua buat utk mendpat tandatangan dari rakan terdekat utk mengabadikan di dalamnya.

sambil2 tu, aku cuba serve kat fb (yg popular skrg ni) dan aku sungguh gembira kerana hampir semua dpt dicari menerusinya. dan berharap agar kami semua dapat berkumpul semula dan menjalinkan persahabatan yg telah lama terputus...

bulan mar dan april 2010....

tahun ni aku rasa terlalu banyak dugaan yg harus aku tempohi. semakin meningkat usia semakin banyak yg harus aku lalui.
aku diambil bekerja dan aku terima seadanya hanya berdasar kan kepercayaan terhadap seorang kawan dan bekas bos lama. aku berkerja seperti biasa, pergi pagi dan balik petang.
walaupun banyak kekurangan di pejabat, tapi aku tetap menjalankan tugas aku sebaik mungkin.
namun, tak seperti yang dijangka kan bahawa perkhidmatan ku tu tidak mendapat habuan yg sepatutnya aku terima. gaji bln mar dan april 2010 tidak dibayar dengan alasan akaun syarikat tidak dpt membayar gaji aku. adakah ini adil utk aku yg sanggup bekerja di dalam keadaan opis yg tidak lengkap, bawa laptop sendiri utk bekerja, tiada penghawa dingin tapi hanya sebuah kipas meja dan hanya ada sebuah kerusi yg terpaksa berkongsi dgn director.
sungguh aku tidak faham mereka ni yg memerlukan tenaga dan kerjasama dari pekerja tapi kebajikan pekerja tidak diambil kira.
sekarang ni aku dok kat rumah, dok cari keja yg mungkin masih ada utk aku. maklumlah... usia dah menganjak ke 40an, entah siapa yg nak ambik aku bekerja.
tapi aku cuba redha dengan apa yg telah direncanakan utk aku ni. mungkin ada hikmah disebaliknya.....

dah lama tak update...kan

mak ai... dah lama jugak aku tak update blog aku ni. anyway beberapa bulan ni fikiran aku sering terganggu. so sebab tu aku tak ada mood nak menaip kat blog aku ni.

dan aku harap kali ni akan ku cuba memblogging seadanya.