tahun ni aku rasa terlalu banyak dugaan yg harus aku tempohi. semakin meningkat usia semakin banyak yg harus aku lalui.
aku diambil bekerja dan aku terima seadanya hanya berdasar kan kepercayaan terhadap seorang kawan dan bekas bos lama. aku berkerja seperti biasa, pergi pagi dan balik petang.
walaupun banyak kekurangan di pejabat, tapi aku tetap menjalankan tugas aku sebaik mungkin.
namun, tak seperti yang dijangka kan bahawa perkhidmatan ku tu tidak mendapat habuan yg sepatutnya aku terima. gaji bln mar dan april 2010 tidak dibayar dengan alasan akaun syarikat tidak dpt membayar gaji aku. adakah ini adil utk aku yg sanggup bekerja di dalam keadaan opis yg tidak lengkap, bawa laptop sendiri utk bekerja, tiada penghawa dingin tapi hanya sebuah kipas meja dan hanya ada sebuah kerusi yg terpaksa berkongsi dgn director.
sungguh aku tidak faham mereka ni yg memerlukan tenaga dan kerjasama dari pekerja tapi kebajikan pekerja tidak diambil kira.
sekarang ni aku dok kat rumah, dok cari keja yg mungkin masih ada utk aku. maklumlah... usia dah menganjak ke 40an, entah siapa yg nak ambik aku bekerja.
tapi aku cuba redha dengan apa yg telah direncanakan utk aku ni. mungkin ada hikmah disebaliknya.....