Friday, November 6, 2009

Sekitar Kota Melaka









ni sebahagian daripada lokasi di bandar hilir melaka, waktu malam. kadang2 bila weekend tak ada kerja nak dibuat, aku dan hubby bawak anak2 gi round bandar hilir. just bagi mereka release their tension sekolah.
tapi anak2 aku ni kaki jalan. nak katakan setiap weekend nak keluar - round bandar melaka. kadang2 angin aku dibuat nya. biasanya waktu malam, aku mesti gi sekali dgn hubby. safety sikit.
lain kali boleh ambik gambar elok sikit. al maklum lah baru belajar guna camera digital ... layan jer lah.......

Flower Girls at my friend house







ni flower girls, decorate by my sister in law. kat rumah kawan aku di duyong. majlis perkahwinan anak sulung beliau bulan tujuh 09. my in law ni rajin layan tentang perkara ni. dia ada kat kl. kalau kat sana, banyak gak dia organise flower girls ni tapi among saudara mara lah.

kat melaka ni susah gak nak gi cari baju flower girls. kena gi cari sampai dapat apa yg diidamkan.

so.... kalau korang ingin nak tahu cam mana dan bagaimana nak buat cam kita orang buat.... jangan lah segan2 tanya yer......



Jalan-jalan di Zoo Melaka


a few sangkar burung yg ada kat dalam zoo melaka

masa lalu kat kandang rimau ni, dia tengah dok sibuk mengaum..... nak lintas air tu..... dah lapar lah tu.... cuba kau bayangkan kalau dia dpt lompat dan terkam kita orang yg tengah heboh tengok dia, lepas tu dpt salah sorang dari kami.... wah .... kenyang seminggu gamak nya kan... eeee.... gerun o....


ni dak adik, irfan. dok sibuk nak gi zoo coz nak naik kuda.
hah apalagi sampai jer kat situ terus aku beli tiket (budak rm 2).


Imran naik gajah share dgn other visitors coz adik2nya
geli nak panjat belakang gajah dan takut jatuh.

ni rasanya kat kandang rusa... lupa pulak namanya


ni kat kandang seladang, besar gila.... ada 2ekor jantan & betina kot....


last saturday, boring-boring aku bawak anak gi jalan2 di zoo. dok merengek tak habis-habis nak gi sana, aku bawakan jugak.... emak sayangkan anak... ku turutkan jugak ler...


seronok diaorang around dlm tu, tapi tak gi semua tempat coz hari nak hujan dan yg kecik pulak takut nak tengok binatang yg lain. cerewet tul lah budak kecik ni. cuaca hari tu kira ok lah tak panas sangat. sekerat jalan, hujan nak turun... aku pun suruh dia org cepat2 jalan. tengok mana2 yg boleh nampak .....

ehmmm aku tempek gambar sebahagian kat dlm zoo... korang layan jer lah... ok




Thursday, November 5, 2009

Sepang Circuit




ni antara gambar yg diambil oleh hubby masa dia gi tengok lumba motor hujung bulan oct 09. dia gi dgn adik dan rakannya... sedih betul aku tak dpt ikut. aku nak ikut tapi tiket free utk aku tak ada...
dulu masa bercinta dgn dia... lebih kurang 10thn yg lalu, kita orang pernah gi sini. masa tu bestlah dpt gi dgn boy friend .... my hubby lah. best gak tengok lumba motor ni... suasana bising, boleh tengok gelagat orang ramai... esp mat2 motor. yg bergaya bawak motor besar dng minah circuit nya.
lain kali aku nak gi bawak anak2 sama kan.....


Jalan-Jalan kat Jonker Street




ni a few gambar yg dpt di tangkap masa aku dgn hubby gi kat sini. walaupun dah lama bertapak kat melaka, baru lah ni aku dpt pujuk hubby gi jalan2 kat sini. banyak gak barang2 yg dijual kat sini.... baju... kasut.... perhiasan.... dan macam2 lagi.
kebanyakkan penjual kat sini orng cina..... tak ada org melayu. kadang2 ada gak dia orang buat free consert kat sini. boleh tengok bangunan lama yg masih dipelihara dan menarik pada waktu malam.




Last Celebrate Raya 2009
















ni masa last day raya yg lalu. emak mertua belanja anak menantu cucu makan kat dlm kfc jaya jusco melaka. budak2 ni bukan main suka lagi kalau cakap nak gi makan kat kfc. hari2 makan ayam pun tak apa, tak jelak ker... dia orang ni
hanya 3family jer yg dapat join hari tu. adik ipar yg last tak dpt join coz hari tu ada majlis raya kat rumah ketua menteri melaka. dia ni aktif dlm politik, so kena gi lah rumah Tok Ali tu.... beb











Tuesday, November 3, 2009

Pentingkan Diri Sendiri

aku sebenarnya tak faham sikap dan pendirian setiap insan kat dunia ni. ngapa mesti pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang di sekeliling kita. adakalanya susah jugak nak menilai manusia ni baik...jujur..... ada niat serong.... dan cam2 lagi lah.

kalau kita ni baik sangat pun tak boleh jugak kan... senang orang nak pijak kepala....
so..... bagaimana nak hadapi semuanya ini.

Monday, October 26, 2009

Persiaran Baru di Melaka Bandaraya Bersejarah







tempat ni dekat dgn Kampung Jawa. Baru buat lagi kot....

hari tu my hubby took us for a visit. dah malam masa tu... anak2 feel bored kat rumah,

so dia bawak gi tour kat sana. quite interesting thing jugak. dulu masa jalan baru kat melaka raya, ada gak pancuran air cam ni. dekat dng mahkota parade.... tapi disebabkan tiada maintenance dari siapa2 , terus lenyap dari pandangan pelancong.

dan sekali lagi, mereka buat yg baru.... tapi aku rasa tempat persekitaran kena diupgrade kan lagi. supaya lebih ramai datang kat sini.


Ceria di Hari Raya 2009








sebahagian dari sepupu sepapat suami ku. ceria gembira di hari raya. ni semua gambar di raya pertama. kita org konvoi gi rumah emak2 saudara di sebelah suamiku.


mari kita enjoy!!!!




DIDI - Nursyafiqah

Nuriman Maisara

ni salah sorang anak buah aku, Nuriman Maisara. org nya lemah lembut but strong bila berkata-kata. last week dia kena sakit mulut dan kuku (kalau tak salah dengar).

sangat manja dgn adik aku (ayahnyalah). now dia umur 6thn. quiet fast learning and now can communicate in bahasa english with her family. cerewet jugak kadangkala tu. sentiasa mengalah dengan dia punya 'Didi' (kakaknya).tapi dia sayang Didi nya.

lepas dia dah sembuh, Didinya pulak yg dijangkiti pulak. H1N1 dah senyap, timbul semula sakit mulut dan kuku. macam2 penyakit sekarang ni. yg kesian kat budak2 tak boleh lepas dari jangkitan.






Bored Saturday....... keja sampai 5ptg





sabtu lepas, aku kerja sampai kul 5ptg. coz aku dikehendaki semak semula data utk one of my director expanses. pasal expanses dia memang mengarut nya.

kena bagi full details kat akunya big director.

so petang tu aku keja dgn ditemani oleh anak bongsu, irfan (ipan). adik aku hantar dia kat opis coz hari jumaat dia tidur kat rumah adik aku. dia ni tak boleh tidur kat rumah org lain coz dia miss papa, mama dan tilam busuk dia.

even kalau kat rumah org tua akupun, dia tak nak tinggal semalam kat sana. walaupung seharian dia duduk kat sana dgn ibu dan ayah aku. semua anak2 aku siang kat rumah datuk dan neneknya (sebelah akulah). lepas tu kalau aku dah balik dan ambik dia orang, mesti balik on time. kalau lambat contohnya dlm pukul 8mlm ke atas, si irfan ni akan mula buat dia punya angin.


kadang2 tu takut jugak ibu dan ayah aku cakap yg aku mengajar anak2 aku tak nak tidur kat rumah mereka. tapi tak ape lah.... semuanya tu simple thing jer. boleh di atur....


Thursday, October 22, 2009








ni semua hasil 'tangkapan' gambar anak sulung aku, nurfarah liyana. dah dapat pakai Digital camera, hasil rembatan sang papa dia. bukan nak puji lebih-lebih. tapi aku kagum dia pandai guna benda 2 ni, padahal bukan pernah guna pun.


disebabkan dia minat sangat2 ni bidang photography, papa dia sanggup keluar modal utk dia. persediaan awal anaknya dlm bidang ni.

so korang layan jer gambar2 yg telah di tangkap oleh Nurfarah Liyana.......